Wow its been more than a year tak update blog nie, ramai blogger akan cakap blog da bersawang haha tapi bersih je blog aku nie, suci sebab tak update la kan hurmm well kalau perasan last update blog nie 2012 and now its 2014 already. Mana 2013?? jeng3x ahaha actually 2013 has been hell in real world for me sebab tue la senyap abes. So many things happen in just a year and half, happiest moment in my life sampai la ke worst moment of my life and its not even near the end yet. To conclude Tunang Yeay!! --> Diagnose with tumour --> Operation --> Chemo --> abis chemo --> Sambung keje --> Chemo balik --> Putus tunang =( --> benti keje --> sampai sekarang pon x abes lg.
See? So many things happen. Seriously tunggang terbalik hidup aku, x tau nak cakap ape dan siapa sangka benda2 macam sakit sampai kene chemo, pastu tunang lari, then benti keje macam dalam drama melayu tue akan berlaku dalam hidup aku. Well aku akan akan hurai kan satu persatu dalam next entry. Best kalau nak cerita dalam kronology, baru senang org faham, baru x lari fact tapi ape pon aku tetap akan skip bahagian tunang tue, well she's been the love of my heart for 7 years and 8 months, walau macam mana pun die sakit kan aku, walau pon lebih sakit daripada aku menghadap tumour dengan operation, chemo bagai, aku tetap hargai ape yg die da buat untuk aku, for that I respect her privacy and well being. Bukan budak2 lagi nak marah2 pastu tulis kat blog, so immature haha.
--
Takpe, kite save dulu cerita2 hangat tue, propa sgt kan, hari nie aku nk tulis entry pasal VPN. Actually article pasal VPN aku tulis untuk mytetikus.com, tapi sebab diorg x publish kan article aku so aku igt bagus jugak kalau post kat sini. By the way the article is in full malay. So guys, enjoy this light reading ya.
Terdapat banyak lagi kegunaan teknologi VPN yang dapat
diaplikasikan oleh pengguna. Namun begitu penggunaan secara berhemah haruslah
diutamakan kerana teknologi dapat disalahgunakan.
Teknologi VPN sudah lama berada dalam dunia IT masa kini,
namun begitu sekiranya di soal kepada orang ramai, masing-masing masih kabur
dan tertanya-tanya akan definisi dan juga fungsi VPN.
VPN adalah singkatan kepada “Virtual Private Network” atau dalam Bahasa Melayunya “Rangkaian
Peribadi Maya”. Seperti yang dapat kita lihat daripada definisi VPN itu sendiri
yang bermaksud rangkaian peribadi secara maya di mana pengguna VPN akan membina
sebuah terowong secara maya (tunneling)
melalui perisian-perisian VPN dan menyambungkan rangkai peribadi mereka kepada
pelayan(server) yang menyediakan
khidmat VPN.
Bagaimana VPN pengguna dapat menggunakan VPN secara teorinya
adalah pengguna akan melayari internet melalui pelayan yang menyediakan
perkhidmatan VPN sebagai proxy
(wakil) sebagai ganti melayari internet secara terus.
Lakaran bagaimana VPN berfungsi.
Sumber: Wikipedia
VPN digunakan secara meluas oleh syarikat-syarikat besar
untuk pekerja mereka mengakses rangkaian syarikat dimana ia tidak dapat diakses
oleh penguna luar untuk tujuan keselamatan data. Namun begitu pengguna peribadi
juga bole memanfaatkan teknologi VPN. Antara fungsi utama VPN adalah:
- Melayari internet secara Anonymous iaitu dengan cara menyembunyikan identiti pengguna.
- Menyembunyi kan alamat IP sebenar pengguna sebaliknya pengguna akan menggunakan alamat IP pelayan yang berkemungkinan bertempat di luar negara untuk tujuan melayari laman sesawang yang tidak dibenarkan di negara asal pengguna.
- Lebih selamat untuk melayari internet melalui perkhidmatan internet yang dikongsi seperti internet percuma di kafe. Maklumat peribadi pengguna mempunyai risiko lebih tinggi sekiranya melayari internet secara terus.
- Keselamatan data dan maklumat peribadi pengguna dengan cara mengekodkan (encrypted) data.
- Melepasi sistem Firewall rangkaian untuk melayari internet.
No comments:
Post a Comment