Sunday, 2 March 2014

Mengapa Kucing Menimbus Najis Dengan Pasir

Salam Sejahtera ke Atas Kamu..

Hari nie hari Ahad, means cuti yeow but everyday is a Sunday to me haha da name menganngur, makan tido je la keje nya. Mm still lagi mabuk2 melayan effect chemo, da 2 minggu pon x larat nak kuaq umah lagi, aptb, boring giler seyh dok umah berbulan2 x wat ape. Tapi kira syukur la jugak sbb rest kat umah, kalau rest kat spital lagi la teramat bosan nya rasa. Bangun je pagi tadi teringat mimpi pasal arwah atuk. Sebagai anak sulung dalam family, aku sgt rapat dengan atuk belah mak aku sebab dulu selalu sangat balik kampung especially raya, bulan puasa lagi da balik kampung da. The best time yang aku enjoy sangat dengan atuk aku dulu ialah cerita2 beliau dari la citer perang zaman Jepun sampai la ke cerita2 dongeng orang tua2 and my most favourite bedtime story pada mase tue selain daripada citer sang Kancil ialah cerita pasal Sarang Burung Tempua. Tapi bila da besar nie aku da outgrown dengan bedtime story, banyak citer2 atuk aku yang aku da lupa.

One of the bedtime story yang aku masih igt lagi ialah cerita daripada ayah aku. Tajuk dia "Mengapa Kucing Menimbus Najis Dengan Pasir". Ok tipu, saje kasi cantik tajuk dia sebab x mo mencemar kan blog aku nie dengan perkataan2 seperti t**k haha ok guys, enjoy my childhood.

--

Hairan kan kenapa setiap kali lepas berak kucing mesti nak timbus najis dia dengan pasir. Kalau x de pasir, contoh nye macam kucing aku dulu pegi berak atas tilam, abes di kais2 nya tilam tue konon nak timbus balik najis dia tue. Why Encik Meow? Kalau menurut ayah aku ade rahsia di sebalik perlakuan aneh Encik Meow tadi.

My cat Fifi when I was at Sabah


Pada suatu hari di zaman dulu kala hidup seekor kucing dan juga seekor harimau yang berkawan baik. Mereka sering bersama berjalan2 dan meronggeng di dalam hutan tempat kediaman mereka berdua. Sang harimau terkenal dengan sifat garangnya dan di geruni oleh semua penduduk hutan. Manakala sang kucing pula bijak dan licik ala2 sang kancil tapi low sikit dari kancil. Di sebab kan mereka nie sepupu jauh  dan juga kawan baik, so sang harimau pon x selera la nak makan sang kucing nie.

Namun begitu, sang kucing nie tetap berasa takut akan sang harimau dan juga sering risau akan keselamatan nya ketika berjalan2 dengan sang harimau. Silap haribulan mau di ngapnya sang kucing bila2 masa, begitu lah masalah yang sering bermain dalam benak hati sang kucing hehe.

Pada suatu hari, sedang sang harimau dan sang kucing meronda kawasan mereka, sang harimau mengadu pada sang kucing.

Sang Harimau: Ceng, aku rasa tension betul la sekarang nie.
Sang Kucing: Nape lak Rima? aku rilek je
Sang Harimau: Memang la kau rilek, aku nie yang tension. Cuba kau bayang kan haiwan2 di hutan nie, asal aku kejar je diorg lari atas pokok, asal aku kejar je diorg lari atas pokok, semalam aku kejar anak Gajah pon die lari atas pokok, terkejut aku.
Sang Kucing: Itula, panjat pokok nie trend terkini ko tau, Sang monyet punya kerja la nie sebab die kecoh die buli ko dari atas pokok.
Sang Harimau: Aku ingat ko kene ajar aku panjat pokok la Ceng.
Sang Kucing: (Sambil gambar mentol nyala atas kepala) Not a problem, meh aku ajar ko.

Video Sang Monyet buli Sang Harimau, monyet siap upload kat youtube lagi

So kucing pon ajar la sepupu nya sang harimau cara2 panjat pokok, teruk jugak sang harimau nak belajar. Sampai berbelang2 badan harimau akibat terjatuh berguling2. Then after 3 bulan berguru secara teori dengan sang kucing, harimau pon pandai la panjat pokok kecik2. So pada suatu hari, sang kucing pon suruh la harimau panjat pokok yang tinggi pulak.

Sang Kucing: Rima, ko kan da pandai panjat pokok kecik2 sekarang, ko panjat la pokok yang tinggi nie pulak aku nak tengok.
Sang Harimau: Ok ko tengok aku panjat, kot2 ade anak Gajah pulak meyorok kat atas tue kenyang la aku hari nie.

Maka sang harimau pon memanjat pokok tersebut dengan jaya nya. Setiba nya sang harimau di atas pokok, dia merasa gayat lantas cuba untuk melompat turun namun oleh kerana pokok tersebut terlalu tinggi dia tidak berani untuk melompat turun.

Sang Harimau: Oi Ceng, tolong aku, ko ajar aku cara naik je macam mana aku nak turun nie?
Sang Kucing: Memang la aku ajar cara panjat je sebab aku sengaja nak biar kau mati kelaparan kat atas pokok tue
Sang Harimau: Celaka kau Ceng!! Kalau aku dapat ko dengan t**k ko skali aku makan

Lalu setelah takut mendengar amaran sang harimau lantas sang kucing pon berlari menyelamatkan diri. Sejak hari itu, setiap kali lepas berak sang kucing akan menimbus najis nya dengan pasir untuk mengelakkannya daripada di makan sang harimau -sekian-

Mengong..








Saturday, 1 March 2014

2013 where are you? Little fact about VPN

Salam Sejahtera ke atas kamu..

Wow its been more than a year tak update blog nie, ramai blogger akan cakap blog da bersawang haha tapi bersih je blog aku nie, suci sebab tak update la kan hurmm well kalau perasan last update blog  nie 2012 and now its 2014 already. Mana 2013?? jeng3x ahaha actually 2013 has been hell in real world for me sebab tue la senyap abes. So many things happen in just a year and half, happiest moment in my life sampai la ke worst moment of my life and its not even near the end yet. To conclude Tunang Yeay!! --> Diagnose with tumour --> Operation --> Chemo --> abis chemo --> Sambung keje --> Chemo balik --> Putus tunang =( --> benti keje --> sampai sekarang pon x abes lg.

See? So many things happen. Seriously tunggang terbalik hidup aku, x tau nak cakap ape dan siapa sangka benda2 macam sakit sampai kene chemo, pastu tunang lari, then benti keje macam dalam drama melayu tue akan berlaku dalam hidup aku. Well aku akan akan hurai kan satu persatu dalam next entry. Best kalau nak cerita dalam kronology, baru senang org faham, baru x lari fact tapi ape pon aku tetap akan skip bahagian tunang tue, well she's been the love of my heart for 7 years and 8 months, walau macam mana pun die sakit kan aku, walau pon lebih sakit daripada aku menghadap tumour dengan operation, chemo bagai, aku tetap hargai ape yg die da buat untuk aku, for that I respect her privacy and well being. Bukan budak2 lagi nak marah2 pastu tulis kat blog, so immature haha.

--

Takpe, kite save dulu cerita2 hangat tue, propa sgt kan, hari nie aku nk tulis entry pasal VPN. Actually article pasal VPN aku tulis untuk mytetikus.com, tapi sebab diorg x publish kan article aku so aku igt bagus jugak kalau post kat sini. By the way the article is in full malay. So guys, enjoy this light reading ya.

Teknologi VPN sudah lama berada dalam dunia IT masa kini, namun begitu sekiranya di soal kepada orang ramai, masing-masing masih kabur dan tertanya-tanya akan definisi dan juga fungsi VPN.

VPN adalah singkatan kepada “Virtual Private Network” atau dalam Bahasa Melayunya “Rangkaian Peribadi Maya”. Seperti yang dapat kita lihat daripada definisi VPN itu sendiri yang bermaksud rangkaian peribadi secara maya di mana pengguna VPN akan membina sebuah terowong secara maya (tunneling) melalui perisian-perisian VPN dan menyambungkan rangkai peribadi mereka kepada pelayan(server) yang menyediakan khidmat VPN.

Bagaimana VPN pengguna dapat menggunakan VPN secara teorinya adalah pengguna akan melayari internet melalui pelayan yang menyediakan perkhidmatan VPN sebagai proxy (wakil) sebagai ganti melayari internet secara terus.


Lakaran bagaimana VPN berfungsi. Sumber: Wikipedia

VPN digunakan secara meluas oleh syarikat-syarikat besar untuk pekerja mereka mengakses rangkaian syarikat dimana ia tidak dapat diakses oleh penguna luar untuk tujuan keselamatan data. Namun begitu pengguna peribadi juga bole memanfaatkan teknologi VPN. Antara fungsi utama VPN adalah:

  1. Melayari internet secara Anonymous iaitu dengan cara menyembunyikan identiti pengguna.
  2. Menyembunyi kan alamat IP sebenar pengguna sebaliknya pengguna akan menggunakan alamat IP pelayan yang berkemungkinan bertempat di luar negara untuk tujuan melayari laman sesawang yang tidak dibenarkan di negara asal pengguna.
  3. Lebih selamat untuk melayari internet melalui perkhidmatan internet yang dikongsi seperti internet percuma di kafe. Maklumat peribadi pengguna mempunyai risiko lebih tinggi sekiranya melayari internet secara terus.
  4. Keselamatan data dan maklumat peribadi pengguna dengan cara mengekodkan (encrypted) data.
  5. Melepasi sistem Firewall rangkaian untuk melayari internet.

Terdapat banyak lagi kegunaan teknologi VPN yang dapat diaplikasikan oleh pengguna. Namun begitu penggunaan secara berhemah haruslah diutamakan kerana teknologi dapat disalahgunakan.