Thursday, 17 April 2014

Rangka tidur Syahmi

Rangka tidur Syahmi:


1.     Kencing, solat, bersih kan diri, bismillah 21x, Al-ikhlas 3x

2.     Pikir nama 4 ubat/vaksin yang tidak wujud

3.     Khayalkan baring sambil tunggu doctor kononnya carik 4 ubat/vaksin yang tidak wujud

4.     Bernafas dengan tenang dan kipas dipasang kuat

5.     Cuba sehingga macam mahu mati bernafas macam orang lain, kalau tak mampu minum air, lepas 10 botol (500ml) air kalau masih tak mampu makan fisherman, kalau masih semput dan batuk cuba ventolin.

6.     Sekiranya masih tidak mampu, cekik leher sehingga tidak boleh bernafas dan cuba tidur, biasa nya akan pening seperti mahu pengsan dan tertidur sendiri.

7.     Sekiranya masih gagal, duduk, minum air dan tidak perlu lah tidur untuk malam ini, biasa nya selepas 4-5 jam akan terlelap sendiri


8.     Kalau sangkut tak bole sendawa, berdoa sahaja, mengucap dan harap nyawa di kembalikan, amin ya Allah.

Tuesday, 15 April 2014

Pengsan lagi, putus nafas naik ambulans, hospital selayang 1st time

Assalamualaikum,

4 hari lepas terjadi lagi hal yang sama berlaku pada January tahun 2013, aku sesak nafas, ya Allah seksa nya tiada siapa pon yang boleh bayangkan. Aku duduk bersila dengan ayah aku, aku cakap sekarang pukul 2 pagi, memang aku ada appointment untuk tambah darah masuk wad di HKL pada sebelah pagi nya, aku cakap yang aku da x tahan lagi, tapi hasil perbincangan dengan ayah aku setuju untuk tunggu sehingga pagi, walau pon pada ketika itu aku sudah tidah mampu menelan mahupun minum air akibat salur pernafasan tersekat.

Lebih kurang satu jam seterus nya aku x dapat bertahan lagi, malah tekak kering menyebabkan aku tidak boleh bercakap, lantas ayah membawa aku ke kereta untuk ke hospital. Aku menuju ke pintu kereta untuk membuka pintu namun semua nya gelap, aku terputus nafas dalam keadaan berdiri, aku tidak tahu apa2 yang berlaku, sempat aku mengucap dan dunia gelap...

Alhamdulillah nyawa pinjaman Allah, aku tercungap ketika ayah sedang mendukung aku, sayup2, terdengar suara mama mengucap, ya Allah aku bersyukur di atas nikmat kurniaan Mu ini, terasa pedih pada siku dan kaki akibat calar mungkin tumbang ketika aku hilang kesedaran.

Kami kemudian berehat dan bermuhasabah kerana keadaan aku sudah mulai stabil, namun aku masih belum mampu menelan dan salur pernafasan masih belum terbuka sepenuh nya, lebih kurang jam 5 pagi aku sesak nafas lagi, kali nie ambulans di panggil dan kami ke wad kecemasan hospital selayang, di sana aku di biar terbaring sambil di bekal kan oksigen dan alat pengukur SPO2, walaupun SPO2 menjerit2 akibat aku kurang oksigen juga tidak di pedulikan sehingga pagi apabila MO tiba baru lah mereka setuju menghantar ku ke HKL Unit Onkologi, terima kasih kepada MO bertugas.

Sebelum menghantar aku ke HKL pihak HS perlu memperbaiki darah aku yang kekurangan potassium, ia sebenarnya perkara biasa bagi aku kekurangan potassium akibat chemotherapy. Bermulalah nightmare apabila tiada seorang pun nurse atau pun doctor yang berjaya buat line untuk memasukkan potassium tadi. Untuk pengetahuan, urat saraf di bahagian kiri dan kanan aku memang amat susah untuk di buat line kerana telah beratus2 kali di cucuk jarum, boleh kata hanya nurse di unit Onkologi HKL sahaja mampu membuat line. Akhir nya aku menunjukkan seorang nurse yang agak berpengalaman urat yang sangat besar tapi aku benar kan jarum kecil sahaja supaya dia tidak gagal. Ok cantik akhirnya dapat line, rugi urat besar jarum kecik, senget dan ada kesan koyak pula tue pada urat, tentu cepat bengkak. Tak peduli terus aku di hantar ke red zone untuk di masukkan potassium, shit potassium pekat, x campur NS, tapi gua cool, da biasa da, rasa macam urat kene gergaji, hiris daging tue dengan pisau pasu tue potassium tue macam cuka / limau lalu, relax je, dulu ade la terkencing dalam seluar, sekarang no, aku da tough, die set sejam, aku lajukan kasi 15 minit, aku nk cepat gi HKL.

Settle potassium, naik ambulans gi HKL, satu masalah, salur pernafasan aku yang sumbat makin kritikal, setiap kali aku terlelap aku akan terjelir kan lidah dan peti suara aku pon berbunyik, da macam bunyik pontianak, nurse dalam ambulans bole marah, aku tahan x tido walaupon x tido dari pukul 2 a.m. Smapi HKL masuk kelas 3 sebab mama takde duit bayar deposit, tunggu ayah x sampai2, ayah tolong la, mane ayah along da kering tekak terlolong2, hampir semua nurse dan doctor hairan, aku x tahan aku tido jugak dalam terlolong tue.

Rupa nya ayah ada urusan lebih kritikal iaitu mengambil adik kecil ku yang berumur 11 tahun, biasa lah budak 11 tahun memang x mampu membuat apa2, langsung, none, nada, kalau tinggal dia kat rumah memang budak darjah 5 umur 11 tahun zaman sekarang akan mati lebih awal dari pesakit kanser. Lain zaman aku dulu umur 6 tahun da bole buat sarapan sendiri, siap masak guna kerusi, 6 darab 2 sama dengan 12, memang aku marah, marah sangat2, adik tue da besar! cuma die lembab lampi sebab manja sangat.

Aku nampak adik aku menyirap sangat2, aku paksa ayah balik, aku x bole bercakap tapi aku tulis, aku sayang ayah, aku sayang adik, tapi aku bukan jenis manja kan adik, aku nak adik aku macam aku, berdikari, 13 tahun masuk asrama, lepas tue alhamdulillah hidup aku senang sampai la dugaan Allah nie turun, aku nak adik aku jadik macam tue, kecuali bab dugaan tue la, aku sayang adik!!

Ok di pendekkan cerita, lepas tue aku naik first class, bukan aku mengada2 tapi x tau la bila da duduk onkologi aku jadik tenang, diorg kasi aku ubat epilepsy masa kat 3rd class, aku jadik cam tenang then baru aku bole tido, aku tido smpai esok paginya, aku punya salur pernafasan pon da normal, senang je onkologi buat line, masuk darah 2 pints baru la aku bole angkat kepala, jalan2, potassium masuk jugak, orally, berdarah2 jugak bibir minum potassium tue.

Now da discharge, dok umah, nafas still tahap semput lagi, pagi tadi aku bantai drive pergi Giant Batu Caves, semput2 aku tetap x peduli, ini Syahmi kot, x de ape akan jadik halangan aku, memang aku degil, dari kecik memang aku degil, sekarang aku tengah tunggu pangggilan radiologi, nak buat radiotherapy pulak, sape yang bace doa kan lah aku, aku nak hidup lame, aku nak kawen, aku nak sambung career aku, aku nak ade anak, aku nak hidup normal macam korg!

-Salam-